Belajar Tajwid Daripada Asas

·

·

, ,

Mengikut disiplin ilmu yang disebut oleh Allahyarham Ustaz Kamal, seseorang itu haruslah membaiki bacaan Al-Qurannya dengan mempelajari 5 Langkah ini:

1. Makhraj Huruf

Tempat keluar huruf disebut sebagai Makhraj Huruf. Bacaan Al-Quran kita akan lebih sedap didengari bahkan lebih tepat bacaan apabila Makhraj Huruf kita betul. Terdapat 5 Tempat Keluar Huruf iaitu :

  • Al-Jauf (bahagian rongga keromgkong & rongga mulut)
  • Al-Khaisyum (bahagian hidung)
  • Al-Lisan (bahagian lidah)
  • Al-Halqum (bahagian kerongkong)
  • Asy-Syafatain (bahagian dua bibir)

2. Sifat Huruf Asli

Sifat Huruf Asli merujuk kepada cara menyebut yang melibatkan bunyi suara atau nafas yang dihembuskan. Penjelasan kepada Sifat Huruf Asli akan dibincangkan dalam artikel yang seterusnya.

3. Sifat Huruf Mendatang (Hukum Tajwid)

Sifat Huruf Mendatang merujuk kepada Cara Baca yang melibatkan bilangan Harakat dan Dengung atau Jelas. Setiap hukum akan ditentukan apabila bertemu dengan sesuatu huruf selepasnya yang disebut sebagai Huruf Mendatang. Terdapat 2 Kumpulan Hukum Tajwid yang utama iaitu Hukum Mad dan Nun Mati atau Mim mati.

4. Riadhah

Riadhah di sini bermaksud latihan mendengar bacaan sendiri di mana para pelajar memastikan bacaan dapat disebut dengan betul. Ia perlu dilatih secara berpasangan.

5. Qiraah

Langkah akhir dalam mempelajari Ilmu Tajwid adalah dengan mempedengarkan bacaan kepada Guru Al-Quran yang mahir dan berpengalaman.

Kesimpulan

Memperbaiki bacaan Al_quran adalah suatu tanggungjawab setiap Muslim. Ianya akan menjadikan bacaan kita lebih sempurna terutamanya ketika kita mendirikan solat. Apabila bacaan Al-Quran kita sempurna, maka solat kita akan menjadi lebih baik di sisi Allah S.W.T.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *